Pemasaran antarabangsa Hikayat_Merong_Mahawangsa_(filem)

Setakat Januari 2011, filem Hikayat Merong Mahawangsa dilaporkan sudah diberikan hak tayangan kepada 72 buah negara atas kesudian syarikat pengedaran filem antarabangsa, Epic Pictures dari Amerika Syarikat untuk memasarkan filem ini.[34][8] Apabila ditanya mengapa filem ini disasarkan kepada penonton antarabangsa, Yusry menjelaskan bahawa jika industri filem Malaysia hanya bergantung pada pasaran tempatan, mereka terpaksa membikin cerita yang sama berulang kali; apabila menyasarkan pasaran global barulah mereka mendapat bajet yang lebih besar untuk melakukan kelainan.[8]

Sebelum ini, KRU Studios mengambil langkah pertama untuk memasarkan filem Hikayat Merong Mahawangsa ke seluruh dunia dengan menandatangani perjanjian persefahaman dengan Universal Pictures International Entertainment Ltd untuk hak pengedaran di Amerika Utara.[4] Difahamkan bahawa pihak Universal diberikan first option untuk mengedarkan filem ini ke seluruh dunia apabila siap kelak.[9]

Filem Hikayat Merong Mahawangsa dipasarkan di European Film Market (EFM) yang berlangsung di Berlin, Jerman pada 11–21 Februari 2010, dan dilaporkan berjaya menjual hak pengedaran kepada para pengedar filem United Kingdom, Perancis, Jerman, Rusia dan negara Asia Barat.[35]

  • Poster dengan judul Clash Of Empires The Battle For Asia
  • Poster dengan judul The Malay Chronicles Bloodlines

Rujukan

WikiPedia: Hikayat_Merong_Mahawangsa_(filem) http://pneumedic.blogspot.com/2012/10/keputusan-pe... http://www.budiey.com/filem-hikayat-merong-mahawan... http://www.facebook.com/notes/kru-studios/gua-yusr... http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cac... http://www.malaychronicles.com/ http://ohartis.com/2011/03/gambar-review-filem-hik... http://www.ohbulan.com/anugerah-blockbuster-senara... http://www.thesundaily.com/article.cfm?id=57666 http://www.bharian.com.my/bharian/articles/4harida... http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Merongb...